mungkin mulut kaku untuk bersuara tapi jari manjadi penyambung wadah bicara...
TEXT
...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...
KETAKUTANKU...
ku bukan takutkan KEGELAPAN
ku cuma takut akan apa yang ada didalamnya
ku bukan takutkan KETINGGIAN
ku cuma takut kalau terjatuh
ku bukan takutkan orang disekeliling
ku cuma takut akan penolakan
ku bukan takut untuk MENCINTAI
ku cuma takut jika tidak dicintai
ku bukan takut untuk MELEPASKAN
ku cuma takut untuk menerima hakikat bahawa dia sudah pergi
dan
ku bukan takut untuk MENCUBA LAGI
ku cuma takut sakit lagi untuk sebab yang sama
lalu masih bertanya aku pada sang angin
masih merenungku pada sang bulan
masih menundukku pada sang matahari
dan masihkah ada harapan pada sang bintang
berjalan aku menyusun langkah
walau kadang kaki tersadung
jari berdarah mengharap ehsan
tapi jalan itu masih panjang
sedangkan aku???
lelah dalam penantian
pincang dalam melangkah
menekur menunduk pada tanah
mencari pokok tempat berteduh
mencari dahan untuk berpaut....
bantu aku YA ALLAH
bantu aku dan seluruh anggota badanku
supaya tidak sesat dijalan-MU
supaya tidak melencong dipersimpangan
supaya tidak patah dahan yg dipaut
walau jalannya penuh berliku
walau jalannya banyak persimpangan
biarlah sesulit mana
asal destinasinya tetap sama...
mungkin kadang aku terjatuh
tapi YA ALLAH
pinjamkan ku kekuatan-MU
supaya ku mampu berdiri kembali
supaya ku mampu melangkah lagi....
JANGAN PERLI SAYA...
bila saya nak berubah
jangan perli saya...
bila saya nak berubah
jangan gelakkan saya...
bila saya berdiri
jangan jatuhkan saya...
bila saya berdiri
jangan dudukkan saya...
orang melihat menggunakan mata
orang berkata menggunakan mulut
berfikir menggunakan akal
mendengar meggunakan telinga
tapi aku???
memandang kaki
tersenyum kepada bumi
mendongak keatas
tersenyum kepada langit
menilai hidup
yang tiada nilainya
ok...
aku masih aku
dan kamu
masih juga kamu...
melihat aku dengan pandangan itu..
bila diri itu dirasakan lebih bagus
maka..
yang lain hanya menjadi boneka...
dan aku bukan BONEKA itu
bukan juga yang BAGUS itu....
\
POKOK YANG RENDANG...
MUNGKIN AKU BUKAN YANG TERBAIK
MUNGIN JUGA AKU BUKAN YANG TERCANTIK
JAUH SEKALI UNTUK MENJADI YANG TERISTIMEWA
TAPI...
ITU HANYA KEMUNGKINAN
KERANA
SETIAP KEMUNGKINAN ITU BISA BERUBAH..
DIA TIDAK TAHU...
KERANA DIA MANUSIA
MANUSIA YANG PENUH PERASAANNYA
MANUSIA YANG HAMPIR SEMPURNA AKHLAKNYA
YA..
RAMAI YANG IDAMKANNYA
RAMAI YANG INGINKANNYA..
DAN AKU???
DIA IBARAT POKOK YANG TEGAP DAN RIMBUN
MENJADI TEMPAT BERTEDUH RAMAI ORANG
MENJADI REBUTAN DALAM DIAM
DAN AKU???
HANYA MELIHAT DARI JAUH
HANYA DISIMPAN RASA ITU DALAM HATI
CUKUPLAH AKU MELIHAT DARI JAUH
KERANA AKU..
KERANA AKU BUKAN SESIAPA
DAN DIA..
DIA SELAYAKNYA MENDAPAT YANG LEBIH BAIK..
BUKAN AKU TIDAK BERHARAP
CUMA BERDOA DARI KEJAUHAN
YA ALLAH..
JIKA AKU ENGKAU CIPTAKAN UNTUKNYA
SATUKAN LAH HATI KAMI
SALURKANLAH RASA INI DALAM HATI KAMI
JAGALAH HATI KAMI SUPAYA TIDAK MELEBIHKAN RASA CINTA TERHADAPMU
TETAPI YA ALLAH
JIKA AKU BUKAN UNTUKNYA...
JAGALAH HATI KU SUPAYA TIDAK PATAH HARAPAN TERHADAPMU
LINDUNGKANLAH HATI KU DARI KEKECEWAAN
KUATKANLAH SEMANGATKU
DAN ENGKAU BERIKAN KEPADANYA SESEORANG YANG LEBIH BAIK...
AMIN..
BERUBAH AKU KERANA ALLAH
MENJADI LEBIH BAIK UNTUK DAPAT YG BAIK
TETAPKANLAH HATI KU
JAUHKAN AKU DARI KEJAHATAN DIRIKU SENDIRI
JANGANLAH ENGKAU BALIKKAN HATIKU KEARAH KEJAHATAN...
p/s: bukan sesiapa dan tiada apa-apa....
6 THINGS I WISH I I NEVER DONE AND 5 PEOPLE WHO MEAN A LOT
assalamualaikum salam ukhwah salam ramadhan....semalam dan hari nie hari yg agak panjang dan padat untuk ku so kesibukan nie watkan ku tak sempat nak updates blog...lagi2 nak wat tag nie...makanya terpaksa ditangguhkan dan digabungkan menjadi dua hehehe ok tajuk kat atas tue tag untuk DAY 5 AND DAY 6...here we go....
~ 6 THINGS I WISH I NEVER DONE...
1 : harapan yang ku bg tp ku tak penuhi terutama kat mak ayah ku...selalu bg diorg harapan tp at the end nya huhuhu :(
2 : janji yang ku bagi tp ku tak tunaikan...
3 : menipu...kadang-kadang keadaan yang memaksa kita tuk lakukan ~masih tak nak salahkan diri~
4 : marah dan bergaduh....tapi ku pun manusiakan...:(
tak tahu apa lg sbb kalau nak ikutkan banyak benda yang ku dah buat tp ku rasa ku tak patut pun buat....tp tue bukan bermaksud ku menyesal sbb pd ku benda-benda nie semualah yang mengajar ku untuk menjadi seorang MANUSIA dan BERUBAH menjadi yg lebih....yg penting cara bagaimana kita menjadikan pengalaman itu hanya sebagai kenangan atau pun kita jdkan ia sebagai pengajaran....org yang tak pernah jatuh hanya lah orang yang tak pernah melangkah :) <3
~ 5 PEOPLE WHO MEAN A LOT
1 : MAK ~ kadang-kadang ku balik weekend tue semata-mata nak dengar suara mak membebel a.k.a menasihati hahaha serius...salah satu cara nak bg mak ku berhenti adalah dengan diam dan pandang muka mak ku sambil senyum...biasanya ku akan wat macam nie secara berjemaah dengan adik ku hahaha
2 : ABAH ~ orang yang paling loyar buruk dan sempoi...suka ubah topik tiba-tiba...lagi-lagi kalau tiba abah kena bahan ngan kami hahaha abah adalah orang yg paling suka wat mak bising :P
3 : SIBLING ~ abang anik adik epik dan akk ipar ku kak cik....semua pun ada perangai masing-masing...abg dengan kuasa veto sebangai abg long...epik dengan perangai batu api dan kejambuan hahaha dan kak cik yang jelita :P ..tapi bila bab nak wat pape sekepala jer semua...sempoi habis
4 : CIKGU / PENDIDIK ~ dari tadika , sekolah rendah .menengah, cikgu PLKN, cikgu masa kursus penjagaan kesihatan dan segala kursus lain juga pensyarah kat UiTM serta cikgu2 secara tak langsung...semuanya bermakna sebab merekalah ku ada kat tempat ku sekarang :D
5 : KAWAN DAN MUSUH ~ last but not least....sahabat2 dan musuh ku...diorang adalah orang yang sentiasa bersama ku dalam keadaan ku macam mana sekali pun....tanpa sedar musuh ( ku harap ku tak de la musuh nie hehehe ) adalah orang yang sentiasa memerhatikan so jangan la rasa alone sangat hehehe diorang benci kita pun sebab diorang nak jadi macam kita...tue jer :)..kawan-kawan sy..terima kasih sbb sudi terima sy...i lap u all <3
DONE...TUNGGU HARI 7 8 9 DAN 10 PULA YEA :)
Subscribe to:
Posts (Atom)