TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

HANYA KAU




sepinya hati kaku sendiri
diluar tabir mengungkap sepi
kala kedinginan malam menggigit isi
aku...

aku masih disini
terus berdiri
terus menanti

tak siapa tahu
tak juga siapa duga
kematian menjadi
jurang pemisah
tidak ku telah ini berlaku

pengharapan yang berakhir dengan sia-sia
tiada yang ketahui
tiada yang mengerti
tanpa ungkap
hanya tangisan





ya ALLAH
KAU kuatkanlah hati ku
KAU teguhkanlah iman ku
KAU bantulah aku dalam menuju jalan-MU...
jangan diuji sesuatu diluar kemampuanku
kuatkanlah semangatku dalam menempuh ujian-MU

sekian kali
sepi mengetuk hati
bisu bertandang kembali
terbuka ruang tanpa penghuni
yang menjadi pemisah dikala sepi

hadirnya kau tanda ku pinta
perginya kau tanpa kembali
dan aku???

terus sendiri
walau musim berganti
walau masa berputar....

pergi lah dikau
relanya aku kerana terpaksa....

HATI KITA




andai kita mampu


sekeping hati
sekecil cuma
tapi mampu menampung pelbagai perkara
begitu rapuh jika di duga
tak mampu digugat keinginannya
kadang dipandu oleh hawa nafsu
kadang dikawal oleh akal fikiran

kemana hala tuju hanya diri menjadi ukuran
jika tak mampu menduga
usah kita meneka
jika tak mampu menilai
usah kita mengkritik

kita hanya kita
usah libatkan mereka jika hati kita terpesong
salah memilih jalan
salah mentafsir takdir...

kembalilah ke pangkal
tiada istilah lewat selagi kita mencuba

LA TAHZAN




FOLLOWER AKU




agak teruja gak ku ngan jumlah follower ku yang semakin meningkat....yerlakan memandangkan blog ku nie belum pun berusia setahun malahan boleh dikatakan terlalu muda....ketika aku menulis entry ini bilangan follower aku adalah 99 orang...

aku tertanya2 siapakah yang bakal menjadi follower ke 100????
wah agak menarik bukan no tue...
aku gak tertanya tanay patutkah aku bagi reward
tp bila pikir aku masih lagi belum pandai dalan bab tue so niat nie terpaksa ku penda jer hehehehe

so kepada follower ker 100 enjoy ur self n keep in touch ok :D <3







nota tangan:
ajarla aku yang masih mentah ini :P

NOVEL...



noel salju sakinah



novel nie dah lama dah sebenarnya...xsilap ku awal taun lepas or taun 2008..ku penag baca mase kat hostel dulu tapi sekerat jer sebab ku pinjam org punya tue pun siap potong turn lagi hahahaha.

novel nie mmg best pada ku la.dia ala2 islamic sikit so banyak menyedarkan aku tentang kekhilafan diri.memandangkan novel nie berjaya menarik perhatian ku so ku pun cari la dan akhirnya minggu lepas berjaya juga ku membelinya....lagi nmpak dramatik bila novel nie tinggal satu jer lagi dan kebetulan dah memang dah habis stok....

hahahaha orang kata kalau dah rezeki tue tak kemana kan....akhirnya berjaya juga ku miliki dengan harga RM24 ringgit tak kurang tak lebih...wink....


nota tangan:

kalau korang nak pinjam boleh wat tempahan di no o14 8877889
~tlg gn percaya no tue~ :P

AKU,ATOK dua generasi

image


nie contest dr blog atok yang mana aku telah di tag oleh zacky
dalam contest nie aku dikehendaki menulis satu essei berkaitan
aku dan atok aku
essei nie xmelebihi 100 patah perkataan.

let try :D

atuk ku bernama hashim bin mat akhir,kami panggil beliau dengan panggilan AKI.beliau seorang yang sangat sempoi dan memahami.aki ku nie sangat fenetik bab politik dan sejarah.lau korang rasa tak nak tido selama dua hari bolehlah datang menyembang dengan beliau soal politik,:D.aku ku banyak mengajar kami erti hidup.beliau selalu ingatkan bahawa dunia ini hanya pinjaman.aki ku nie dah kurang dengar sikit so lau nak menyembang tue kena la kuat sikit.lagi satu aki ku nie suka tiru ayat arwah atok astro yang MACAM MACAM ADA tue.memang gaya sangat. paper pun ku sayang sangat kat aki ku nie dan he is the best aki in the world :)





aki pun boleh wat peace gak :)




nie la aki ku...bergaya bukan?


DI TAG:


entry atok yg paling best: 3RAHSIA LELAKI YANG WANITA PATUT TAHU :)