TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

BUAT SAHABAT..









suatu hari keldai kepunyaan seorang petani terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dalam.sementara itu si petani pun memikirkan apa yang harus dilakukannya.akhirnya dia memutuskan bahawa keldai itu sudah tua manakala perigi itu juga perlu dikambus kerana tidak digunakan lagi.dia juga berfikir bahawa tiada gunanya keldai itu dikeluarkan.kemudian si petani mengajak beberapa jirannya untuk membantu mengambus perigi usang itu.mereka mmbawa penyodok dan mula menyodok tanah ke dalam perigi berkenaan.

ketika si keldai menyedari apa yg sedang berlaku,ia meronta-ronta.tetapi kemudian ia diam.setelah agak banyak tanah dimasukkan si petani meninjau ke dalam perigi itu dan tercengang melihat apa yang berlaku.

walaupun bahagian belakangnya terus ditimpa tanah dan kotoran si keldai melakukan sesuatu yg menakjubkan.ia menggoyangkan badannya agar tanah yg menimpanya jatuh ke bawah.lalu si keldai menaiki timbunan tanah itu.si petani terus menimbuskan tanah di belakang keldai tetapi si keldai terus menggoyangkan badannya dan kemudian naik ke atas timbunan tanah tersebut.si keldai akhirnya boleh meloncat dan keluar dari perigi kemudian melarikan diri.....



sahabat...
kehidupan ini tanpa henti akan mencurahkan kotoran dan tanah pada kita...cara untuk keluar
dari perigi atau kesedihan dan masalah itu adalah dengan
menggongcangkan segalanya dr fikiran dan diri kita.melangkahlah naik dengan menggunakan
hal2 tersebut sebagai tangga.

setiap masalah kita merupakan satu tangga untuk melangkah.
jangan sesekali menyerah atau menyalahkan..
goncanglah hal2 negetif yg meninpa dan melangkahlah naik...

1 comment:

zacky786 said...

belajar dari kesilapan .. :)