TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

Showing posts with label karya aku. Show all posts
Showing posts with label karya aku. Show all posts

SAYA RASA SAYA SAYANG AWAK..TAPI...



AWAK SAYA SAYANG AWAK LA. Tapi takkan saya nak bagitau awak saya sayang awak. Walaupun saya nie kadang2 tak malu dan kurang sopan sikit tapi bila masuk bab macam nie malu saya tu muncul tanpa dipaksa pun. Lagipun saya tak tau pun awak sayang saya ke tak. Cuba bayangkan kalau saya bagitau awak saya sayang awak then awak tak sayang saya pun!!! Kan malu tue??? Saya tak tau macam mana saya boleh sayang awak. Tak de sebab yang jelas pun sebenarnya. Betul kot orang kata HATI NIE KITA SUSAH NAK DUGAkan.

Awak kalau boleh saya nak hari2 tengok awk tapi saya tau tue tak mungkin kan?? Kalau mampu hari2 saya nak dengar suara awak tapi saya tau kita bukan anak tokey kedai jual topup kan??? Apa yang saya boleh buat saya stalk wall facebook awak bila saya online. Awak tau kadang2 saya jealous sangat sebab awak memang ramai peminat tapi tak kan saya nak cakap saya jealous!!! Nanti awak awak kata saya nie sapa nak jealous2 bagai!!! Malu lagi saya nanti..

Tapi kan awak…saya takut. Takut nak sayang awak nie tau..sebabnya saya takut saya sayang awak lebih dari semuanya. Tak adilkan kalau saya saying awak lebih dari semuanya sedangkan kita bukan ada apa2 pun. Tak adil tuk mak ayah saya, tak adil tuk study saya, tak adil tuk kawan2 yang dah lama bersama saya dan lebih tak adilnya saya dengan ALLAH.

Saya nak call awak ari2 tapi saya jarang nak jawab panggilan ALLAH cepat2. Bila ALLAH ‘panggil’ jer suruh solat saya selalu jer tangguh. Dah nak akhir waktu baru saya terkejar2 nak solat lepas tue mula la tak kusyuk. Tak adil kan saya!!! Tapi cuba kalau awak yg call saya mesti saya senyum sampai nak tertanggal pipi. Boleh pulak cepat jer saya jawab. Saya memang tak adil la awak!!!


Saya kalau boleh nak mesej ngan awak setiap masa. Nak tau perkembangan awak la kononnya tapi saya jarang nak baca surat yang ALLAH dah tulis tuk saya. kalau mesej dari awak tue dah tak terkira dah tapi mesej dari ALLAH tue saya boleh kira berapa kali la sangat saya baca dalam seminggu. Saya zalim kan awak!!!

Saya sanggup curi masa cari peluang tuk jumpa awak. Tak kira la masa tue saya banyak keje ker, tak sihat ke, hujan ke tapi saya tetap nak jumpa awak. tapi awak tau ALLAH dah sediakan 5 kali tuk saya dating ngan DIA tapi saya selalu lewat kononnya alasan saya sibuk la, sekejab lagi la macam2 awak. jahatnya saya!!!!



Saya nak sayang awak sepenuh hati saya. saya nak sayang awak melebihi diri saya tapi tidak melebihi sayang saya pada ALLAH. Tapi macam mana semua tue nak jadi kalau sayang saya pada ALLAH pun tak seberapa???? kalau saya sayang ALLAH pun cuma 10% macam mana saya nak sayang awak 200%???

Jadi adil tak kalau saya simpan rasa sayang pada awak nie??? Kalau saya guna rasa sayang pada awak nie tuk saya capai tahap maksimum tuk saya sayang pada ALLAH?? Boleh tak awak?? saya harap awak boleh igatkan saya kalau saya lupa awak boleh sedarkan saya bila saya lalai sebab saya tak nak rasa sayang pada awak nie merosakkan semua…saya nak rasa sayang nie jadi jalan di landasan yang benar….bolehkan awak???SEBAB SAYA BETUL2 SAYANG AWAK...



AWAK SAYANG SAYA TAK????

JIKA BENAR...





orang kata baik berhenti jika sudah tak berdaya. orang kata lebih baik mengalah jika sudah tak mampu. orang bertanya mengapa perlu berkorban jika pulangannya hanya sia-sia. tapi aku berkata ini yang aku inginkan. aku terus berkata ini yang aku harapkan dan aku terus menjawab mungkin ada sesuatu disebalik semua ini yang aku tak nampak yang aku tak pasti. dan mereka...mereka terus menilai mereka terus berkata lalu aku...memekakkan diri...membisu tanpa kata..kelu lidah kaku pergerakan...




tertutup pintu hati...terkaku mati..akal memberontak tapi hati aku tetap dengan pendiriannya. ketakutan masa silam membuat hati menjadi tak berwarna. rasa tidak pandai mengetuk lagi. dan akal...kekadang memohon rasa untuk kembali..rasa seperti dulu..tapi kerasnya hati egonya hati tetap terkunci mati..membiarkan rasa pergi....




aku tau dalam hidup nie ALLAH membiarkan kita bertemu dengan pelbagai orang...kita berkawan lalu tanpa diduga membiarkan hati untuk menyayangi....seharusnya membuka hati untuk disayangi dam menyayangi itu telah memberi peluang kepada hati untuk disakiti untuk dikhianati....dan apabila ia berlaku..mampukah hati???bila ia berlaku ketawalah akal yang dulu pasti sudah menasihati hati....

terima kasih YA ALLAH kerana pernah menghadirkan rasa itu kepadaku
terima kasih jua kerana KAU memberi kekuatan kepada hati untuk bertahan bila ia terluka
terima kasih jua kerana KAU tak membiarkan hati ini mengingati yang lain melebihi MU




biarkan rasa yang sakit itu pergi...
kerana pasti ada sesuatu disebaliknya
berlari aku dari sesuatu atau berlari aku mengejar sesuatu...??
jika bercambah rasa yang lain janganlah ia melebihi rasa terhadap MU YA ALLAH
cinta itu unik
cinta pada MU agung...

mampukah aku menggapainya????



nothing..






hampa
kosong
sepi
sendiri

pergi

tidak mungkin akan kembali lagi..

mungkin saja sepi jadi kosong
bisa saja sepi jadi hampa
terdampar di tepian hari
merangkak menungkah arus
terdiam
membisu

dan aku????


MENGERTILAH





malam...sepi
hitam...suram
tanpa bunyi unggas
tanpa teman bintang
hilangnya pungguk yang rindukan bulan



sendirian...
dikamar sepi




siapa mengerti...
siapa memahami..
mungkinkah ada esok bagi kita...



KITA YANG MENCARI...







GELAP...
KELAM..
SURAM.
HANYA BAYANG YANG HITAM
TIADA TANDA
TIADA BUKTI
TEGA LANGKAH MENUNGKAH ARUS
LAYAK BADAN BERPALING TADAH

AKU TERUS MELANGKAH
WALAU KAKI TIDAK BERDAYA
WALAU HATI KERAS MEMBEKU
CUBA MENCARI
DAN TERUS MENCARI
DIMANA NUR CAHAYA-MU
KEMANA PERGI
KEMANA MENGHILANG

TERUS AKU TERHIMPIT
TERUS AKU TERNODA
DIHAMBAT WAKTU YANG SUNTUK
DIKEJAR MASA YANG BERPUTAR

AKU TERSADUNG
AKU TERJATUH
AKU TERDAMPAR
TERMANGU AKU KESEPIAN
TERMENUNG AKU KESEORANGAN
MERINTIH
MENGELUH..
TIBA HADIR SATU RASA...
TIKA HARAPAN TELAH HILANG..
CAHAYA ITU DATANG KEMBALI

MENYULUH JALAN YANG KEGELAPAN....

BUAT SAHABAT..









suatu hari keldai kepunyaan seorang petani terjatuh ke dalam sebuah perigi yang dalam.sementara itu si petani pun memikirkan apa yang harus dilakukannya.akhirnya dia memutuskan bahawa keldai itu sudah tua manakala perigi itu juga perlu dikambus kerana tidak digunakan lagi.dia juga berfikir bahawa tiada gunanya keldai itu dikeluarkan.kemudian si petani mengajak beberapa jirannya untuk membantu mengambus perigi usang itu.mereka mmbawa penyodok dan mula menyodok tanah ke dalam perigi berkenaan.

ketika si keldai menyedari apa yg sedang berlaku,ia meronta-ronta.tetapi kemudian ia diam.setelah agak banyak tanah dimasukkan si petani meninjau ke dalam perigi itu dan tercengang melihat apa yang berlaku.

walaupun bahagian belakangnya terus ditimpa tanah dan kotoran si keldai melakukan sesuatu yg menakjubkan.ia menggoyangkan badannya agar tanah yg menimpanya jatuh ke bawah.lalu si keldai menaiki timbunan tanah itu.si petani terus menimbuskan tanah di belakang keldai tetapi si keldai terus menggoyangkan badannya dan kemudian naik ke atas timbunan tanah tersebut.si keldai akhirnya boleh meloncat dan keluar dari perigi kemudian melarikan diri.....



sahabat...
kehidupan ini tanpa henti akan mencurahkan kotoran dan tanah pada kita...cara untuk keluar
dari perigi atau kesedihan dan masalah itu adalah dengan
menggongcangkan segalanya dr fikiran dan diri kita.melangkahlah naik dengan menggunakan
hal2 tersebut sebagai tangga.

setiap masalah kita merupakan satu tangga untuk melangkah.
jangan sesekali menyerah atau menyalahkan..
goncanglah hal2 negetif yg meninpa dan melangkahlah naik...

KEGELAPAN MALAM





malam mengajar aku tentang kegelapan...
malam mengajar aku tentang kesabaran...

dan...

malam juga mengajar aku tentang keberanian...
kadang tersungkur aku kerana kegelapan..

tapi...

ketabahan mengajar aku untuk bangkit kembali
kesungguhan mengajar aku untuk terus melangkah
keberanian mengajar aku mencari cahaya...

kegelapan bukan selamanya...
pasti ada cahaya mendatang...
pujuk hati supaya bersabar....

kita sama
kita serupa

AKU,KAU atau DIA...
tetap sama...

belajarlah dari alam...
belajarlah dari gelapnya malam
penuh misteri..
jika direnung
pasti terungkai jua persoalan....




UNTUK MU GURU








KHAS BUATMU GURU...................
Untukmu guru …

Kupersembahkan semangat belajar

Disiplin dan sopan santun

Pantang menyerah tiada gentar

Untukmu guru …

Asa akan kuraih

Teladanmu kan kutiru

Ilmu darimu menjadi benih

Bekal perjalanan hidupku

Untukmu guru …

Kuamalkan ilmu darimu

Kusebarkan kebaikan akhlakmu

Kusimpan erat dalam jiwaku

Kenangan bersamamu …






tazkirah hati





bukan mudah hati mengerti
pabila hadirnya bayang tanpa cahaya
aku terus termangu
gagal aku mengukir rasa
hilang aku dalam kelam
hati ini penakut
hati ini lemah
hati ini manja
perlu dipujuk
perlu dipupuk
perlu dimengertikan
kemana tujuannya
apa perlunya
sedang aku...
terus leka
sesat aku dalam terang
hanyut aku tanpa arah
nafsu memburu rakus....

bayang hadir lagi
tapi...
datang bersama cahaya...
hati terpujuk
kaki terpaku
hadirnya disaat aku memerlukan
datangnya menyuluh jalan yang kelam
memujuk hati supaya menerima
menjadi benteng kerakusan nafsu
aku terus sedar..
terbangun dari lena yang panjang
tersedar dari kekhilafan diri

sesungguhnya...
ALLAH tidak memberi apa yang kita mahu..
tetapi
DIA memberi apa yang kita perlu pada masanya....


bayang




bayang itu indah
bayang itu cantik
bayang itu bisu
bayang itu sepi
takutkah aku pada bayang
gerunkah aku pada bayang
apa bayang
siapa bayang

kata suara memujuk hati

jangan takut pada bayang
jangan gentar pada bayang
biar ia terus mengekor
biar ia terus mengikut
kerana
adanya bayang bererti masih adanya cahaya
cahaya yang mampu memberi petunjuk
petunjuk kearah kebenaran
kebenaran yang membantu kita keluar dari kegelapan
dan bayang????
kadang didepan
kadang di belakang
dan kadang
ia disisi


~ia terus mengekori~



IF I KNOW part 2



For surely there always tomorrow

To make up for an oversight

And we always get a second chance

To make everything just right

There will always another day

To say “i love u” and certainly there

And another chance to say our

“Anything i can do?”

But just in case i might be wrong

And today is all i get

I like to say how much i love u

And i hope we never forget



nota jari hantu:

still have another part :D