TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

SAYA RASA SAYA SAYANG AWAK..TAPI...



AWAK SAYA SAYANG AWAK LA. Tapi takkan saya nak bagitau awak saya sayang awak. Walaupun saya nie kadang2 tak malu dan kurang sopan sikit tapi bila masuk bab macam nie malu saya tu muncul tanpa dipaksa pun. Lagipun saya tak tau pun awak sayang saya ke tak. Cuba bayangkan kalau saya bagitau awak saya sayang awak then awak tak sayang saya pun!!! Kan malu tue??? Saya tak tau macam mana saya boleh sayang awak. Tak de sebab yang jelas pun sebenarnya. Betul kot orang kata HATI NIE KITA SUSAH NAK DUGAkan.

Awak kalau boleh saya nak hari2 tengok awk tapi saya tau tue tak mungkin kan?? Kalau mampu hari2 saya nak dengar suara awak tapi saya tau kita bukan anak tokey kedai jual topup kan??? Apa yang saya boleh buat saya stalk wall facebook awak bila saya online. Awak tau kadang2 saya jealous sangat sebab awak memang ramai peminat tapi tak kan saya nak cakap saya jealous!!! Nanti awak awak kata saya nie sapa nak jealous2 bagai!!! Malu lagi saya nanti..

Tapi kan awak…saya takut. Takut nak sayang awak nie tau..sebabnya saya takut saya sayang awak lebih dari semuanya. Tak adilkan kalau saya saying awak lebih dari semuanya sedangkan kita bukan ada apa2 pun. Tak adil tuk mak ayah saya, tak adil tuk study saya, tak adil tuk kawan2 yang dah lama bersama saya dan lebih tak adilnya saya dengan ALLAH.

Saya nak call awak ari2 tapi saya jarang nak jawab panggilan ALLAH cepat2. Bila ALLAH ‘panggil’ jer suruh solat saya selalu jer tangguh. Dah nak akhir waktu baru saya terkejar2 nak solat lepas tue mula la tak kusyuk. Tak adil kan saya!!! Tapi cuba kalau awak yg call saya mesti saya senyum sampai nak tertanggal pipi. Boleh pulak cepat jer saya jawab. Saya memang tak adil la awak!!!


Saya kalau boleh nak mesej ngan awak setiap masa. Nak tau perkembangan awak la kononnya tapi saya jarang nak baca surat yang ALLAH dah tulis tuk saya. kalau mesej dari awak tue dah tak terkira dah tapi mesej dari ALLAH tue saya boleh kira berapa kali la sangat saya baca dalam seminggu. Saya zalim kan awak!!!

Saya sanggup curi masa cari peluang tuk jumpa awak. Tak kira la masa tue saya banyak keje ker, tak sihat ke, hujan ke tapi saya tetap nak jumpa awak. tapi awak tau ALLAH dah sediakan 5 kali tuk saya dating ngan DIA tapi saya selalu lewat kononnya alasan saya sibuk la, sekejab lagi la macam2 awak. jahatnya saya!!!!



Saya nak sayang awak sepenuh hati saya. saya nak sayang awak melebihi diri saya tapi tidak melebihi sayang saya pada ALLAH. Tapi macam mana semua tue nak jadi kalau sayang saya pada ALLAH pun tak seberapa???? kalau saya sayang ALLAH pun cuma 10% macam mana saya nak sayang awak 200%???

Jadi adil tak kalau saya simpan rasa sayang pada awak nie??? Kalau saya guna rasa sayang pada awak nie tuk saya capai tahap maksimum tuk saya sayang pada ALLAH?? Boleh tak awak?? saya harap awak boleh igatkan saya kalau saya lupa awak boleh sedarkan saya bila saya lalai sebab saya tak nak rasa sayang pada awak nie merosakkan semua…saya nak rasa sayang nie jadi jalan di landasan yang benar….bolehkan awak???SEBAB SAYA BETUL2 SAYANG AWAK...



AWAK SAYANG SAYA TAK????

LIFE LIVE AND KITA CONFUSE AGAIN



Memberi seseorang rasa cinta itu bukan lah satu jaminan yang kita nie akan dicintai juga...bila kita dah mula membiarkan hati kita mencintai seseorang hakikatnya kita dah membiarkan hati kita bersedia untuk dilukai, ditinggalkan, disakiti, diabaikan dan dipermainkan...orang dulu-dulu pun ada cakap..kalau takut dilambung ombak kenapa nak berumah ditepi pantai???



Tak adil kan kalau dalam hidup nie kita hanya nak bahagia???sedangkan ALLAH memberi kita pelbagai perasaan pelbagai ujian supaya kita boleh belajar. Tapi kita nie tak sedar dan tak pandai pun nak bersyukur sebab apa yang kita tahu hanyalah MENGELUH!!



Yang nyata kasih saying memang melengapkan bahagia. Tak kisah lah dalam bentuk apa atau daripada siapa. Tak susah pun sebenarnya kita nak bersyukur. Yang jadi susahnya bila kita nie yang tak nak bersyukur.


lIVE tHE mOMENT. cHERISH tHE pRESENT. aNTICIPATE tHE fUTURE. fRAME tHE yESTERDAY



Masalah kita nie tak kan selesai der kalau setakat dengan main falsafah jea. Tapi masalah kita nie boleh selesai kalau kita usaha kalau kita pandai nak tukar masalah tue jadi peluang. Senangkan bila kita hanya berkata dan menulis tapi susah untuk buat. Tapi tak ke menulis dan berkata tu satu dari usaha gak??? Bukan ker tue satu dari tindakan jugak???



Cermin hati Tanya iman J

Nota kaki :

confusion is a good explanation, for not understanding things that cant be reasoned....

smile is everything



“Life is about laughing and living, in good and bad times. Getting through whatever comes our way and looking back and smiling”

\


Senyum tue pengubat duka dan lukakan dan menangis tue bukanlah menunjukkan yang kita nie lemah tapi since kita lahir lagi its has always been a sign that we are alive. Kalau satu hari nanti ALLAH nak ambik balik hidup nie, kita sebagai hamba sepatutnya tak harus nak mangadu atau merungut sebab bila mana ALLAH bagi kita kebahagiaan kita jarang nak bersyukur.



Ok tue jer....laluilah hari anda dengan senyuman J

p/s: tak der motif sangat pun nak tulis

JIKA ESOK TIADA???




tanya akal mana pergi harga diri
tanya hati bagaimana jika ia mati
selami diri lihat peribadi

cukup lengkap kah kita
cukupkah kita hanya dengan apa yang kita ada

pernah hati bertanya
bagaimana jika esok tiada lagi buat kita???




pernah akal menyoal
apa yang akan kita sesalkan jika siang esok menjadi malap buat kita??

kta yang leka dalam sedar
kita yang tidur dalam jaga

perlu lagikah untuk kita tunggu sehingga esok???
bagaimana jika esok telah tiada???




tepuk dada tanya iman



~the 11th hour: “A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th.”~