TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

KAKU MENJADI BISU







dalam lancar lidah berkata
dalam diam hati menebak
dalam gelap bibir tersenyum
dalam hati terasa sesuatu

bila akal campur tangan
hati tiba menjadi beku
bukan cuba menghindar rasa
cuma takut menguasai diri

terpejam mata terkaku diam
kelu lidah tidak terkata
bagai terhenti masa berputar 

ohhh
masih disini aku
bukan bermimpi tetapi realiti
berlari aku mengejar sesuatu 
atau
berlari aku dari sesuatu

bukan cuba mencari dalih
hanya cuba menidak rasa
rasa yang mungkin
menjadi indah
atau 
mungkin menjadi kelam...

aku bukan sesiapa
aku hanya insan biasa
yang tak lari dari melakukan kesilapan
khilaf aku dalam membuat keputusan
tunjukkan aku jalan jika aku tersasar
bangunkan aku bila aku terjatuh
jadilah dahan supaya aku dapat berpaut...





No comments: