TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

kita bukan manusia BODOH...




cuba aku mencari makna
mencerakinkan minda
mengupas akal
terlalu ego dalam berkata
terlalu riak dalam bertindak
BODOHkah aku???

berpolotikkah aku bila bersuara???
penentangkah aku jika menyumbang pendapat???
rela atau terpaksa jika diam menerima???
mengapa mengutuk bayang jika takut menatap wajah???
berjuta persoalan tanpa satu jawapan
BODOHkah dia???

jika hitam itu jahat
jika putih itu suci
maka apa pula warna lain???
rasional dikepit di lutut
kewajaran bukan pedoman
yang besar terasa benar
yang kerdil menjadi keldai
celik ibarat buta
yang dengar dibiarkan tuli
BODOHkah mereka???

lidah lantang berkata
sedangkan kaki masih terpaku
tangan merewang melangit
sedangkan kaki tidak melangkah
jari menunding telunjuk
mata mencerlung ke dasar
semua turut terpaku
tetapi tetap kaki tidak bertindak
BODOHkah kita???

siapa dia memaksa mereka
siapa mereka memaki kita
siapa kita menyalahkan dia
BODOHkah itu???

dia bukan sesiapa
mereka tiada apa-apa
kita pula???
BODOHkah itu???

berpisat mata kurang melihat
terkelu lidah tidak terkata
rasional kembali menjadi ketua
berubah sudah keadaan kita
kaki mula mengorak langkah
menjalan misi mengubah masa
masih BODOHkah itu???

No comments: