TEXT

kehidupan itu mmpunyai pelbagai.... walaubagaimana sekali pun perjalanannya... tp itulah kehidupan yg kita harus lalui...drama sebuah kehidupan....

...pEnGiKuT seTia Ku....LoVe u aLL...

LELAKI...YA UNTUK ANDA WAHAI KAUM LELAKI :)

Hm ada apa dengan kesetiaan?

1) Lelaki terlalu selesa.
Bila nak dapatkan sahaja bertungkus lumus. Bila dah dapat. Duurh BORING~. Telefon pun nak tanak je cakap. Balik-balik tanya,

BF: Awak buat apa?
GF: Tade apa. Tgk Tv.
BF: Dah maknj (salah eja sebab tgh main game. Tak fokus)
GF: Oh dah makan dah (malas nak buat buat tanya sbb dah cukup faham)
Bf: Awak buat apa? (dia tanya lagiiiiii!!)
GF: hmpppppppph

# Perempuan bila once dah suka. Mereka suka dimanja sentiasa. Bukan pada bulan pertama sahaja. Take note please guys. Put some efforts la. Eventho Uols blurrr. before text tu fikirla betul2 nak tulis apa. Rekalah soalan-soalan yang logik-logik.

2) Tidak peka dengan perangai gf masing-masing.
Eventho dah kenal 56 tahun.. Tapi masih tak tahu apa Gf suka? Apa kepantangan Gf? Apa warna kegemaran? Alah macam-macamlah. Kalau nak listkan memang tak habis-habis.

# Dah tau Gf awak tak suka awak ponteng kelas. Janganla buat. Kalau Gf tau Bf suka makan Udang. Hari-hari kalau boleh dia nak bawak udang bagi Bf makan. Kaum2 Gf ni memang suka buat benda-benda yang mampu menarik perhatian Kaum Bf. Ye tak? Pantang la dengar BF demam. Zassssss dah sampai bawak ubat. Kalau Bf?

Gf: Awak saya demam.
Bf: Pergila makan ubat.
GF: Tak larat lah.
BF: Rest2.

ITU JE???????? Cuba tukar ini macam.

GF: Awak saya demam.
BF: Ish. Demam? Awak ok? Ada ubat tak? Nak saya bawa pergi klinik?
GF: Hm..Tak payah susah-susah wak. Saya Ok (perempuan biasak la bro. Kaki pancing. Padahal memang terlepek kat rumah)
BF: Tape wak. Lagi 5 minit saya datang. Teruk nanti lagi susah. Sabar ye wak.

SUSAH? SENANG je kan :). 2 sen juga sms tu. Tapi impak nya sangat besar.

3)Bila perempuan rasa ada lelaki lain mampu menjaga lebih baik dari Bf.
Ini memang banyak sangat jadi. Jangan biarkan Gf uols sampai rasa mcmnilah. Masih belum berkahwin mereka bebas nak buat keputusan. If Uols betul-betul nak. Jaga kasi betullah.Ni nak perempuan cantik-cantik, uols makin lama makin selekeh. Dah tak hensem, garang plak tu. Dah la layan nak tanak. Tapi nak yang perempuan baik-baik. Rasa rasa nya seimbang ke macam tu? NO NO NO NO ish. GF cantik, BF kena la hensem-hensem ( ish, tayah la operate muka bagai. Kemas-kemas sudah). Gf pandai, Bf kena la sama naik pandai. Uols nak jadi pelindung mereka kot suatu hari nanti. Setuju?

4) Tiada education background yang terjamin.
Tahukah Uols ayat ayat mak bapak "Kau nak bagi anak aku makan pasir ke?"
Ya, kalau fikir-fikir balik. Memang betul. Lelaki tak suka fikir panjang. Belajar baru susah sikit dah give up. Kawan dengan orang tak betul, dah hanyut. tak fikir panjang betapa pentingnya level of education tu. Betul kata mak bapak. Sekarang kita tak rasa. Tapi life is ALL ABOUT MONEY. Mana nak dpt wang? From education yang kita ada!

Ya ya sabar. Ada yang cakap. Alah Pak Ali sebelah rumah tu kaya raya. SPM je.

ITU LUCK DIA. KAMU ADA LUCK? CONFIRM?
tak confirm kan. So back up la dulu dengan education ya abang abang. Awak nak pinang anak orang. Takut orang nak bagi anak dia kat awak. Dia sikit punya tatang anak dia. Habis awak nanti nak sepok anak dia suruh duduk dalam rumah je? Tak bagi apa-apa. Yang awak tau suruh dia jadi kilang buat anak. Ish ish ish FIKIR LA Waras waras.

5)BF kawan lebih bagus.
Bukan nak compare. Bukan tak bersyukur. Tapi ya, lumrah alam. semua orang nak yang terbaik untuk diri sendiri.Tapi jadi sedih dan mencemburui kenapa nasib perempuan lain lebih bagus. Adakah diri sendiri salah pilih? Uish takut dengan masa depan yang gelap. Before dah nikah, baik angkat kaki dulu. Selamat dunia akhirat. Ramai lelaki yang lebih baik dalam dunia ni. Sebelum terlambat.....thats why kenapa perempuan kadang2 bertukar arah.

KU rasa ramai lelaki yang tertanya-tanya. "Eh aku baik apa..tapi kenapa dia lari tinggalkan aku"
KU dah sediakan jawapannya. Logic tak Logic terletak pada pandangan masing masing. Tapi, 5 sebab ini..mungkin dapat merubah sebahagian yang dah hampir retak. Fikir-fikirkan... :) Feel free to drop some comments. ^_^



P/S: KU COPY DARI PAGE KAT FB...JUST NAK KONGSI SESUATU YANG AKU RASA ADA JUGAK BETULNYA...BUKAN NIAT UNTUK MERENDAHKAN SESIAPA ATAU RASA DIRI TERLALU BAGUS...TIDAK SAMA SEKALI...CUMA TAK SALAH RASANYA KALAU KU KONGSI BENDA YANG MUNGKIN KITA SAMA-SAMA LEH BAIKI...RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...:)

1 comment:

Amirul Amri said...

Bercinta selepas kahwin adalah yang sebaiknya...boleh tengok teater sama2 dgn isteri, kalau tengok ngan awek, msti ad rse cm brslah...hehe..

jom tengok, usha sini...
http://shinichiemre.blogspot.com/2012/02/cuci-upin-ipin-musical.html